Tuesday, April 20, 2010

Habis Madu Sepah Dibuang

Pernah rasa perasaan ini? Karya foto susulan daripada siri foto 'Plastic People'. (Lokasi di sebuah tinggalan bangunan banglo kepunyaan JKR di sekitar bandar Taiping - berdekatan dengan pasaraya Taiping Sentral.)

Plastik

Antara koleksi hasil fotografi aku masa dip show final sem (Jun-Nov 2009) dulu kat UiTM Sri Iskandar, Perak. Dinamakan 'Plastic People' dlm bahasa omputehnya, siri ni merupakan karya yang paling aku gemari. Asalnya untuk assignment fashion photography di mana aku dah pun terfikir untuk menggunakan model-model manusia sebenar untuk beraksi di dalam atau pun di luar studio. Konsep tema ini aku ambil dari lirik lagu Soundgarden iaitu lagu "Jesus Christ Pose" yang mana liriknya jelas-jelas menghentam mereka-mereka yang berlagak seperti 'dewa' seperti model-model yang beraksi di dalam majalah-majalah fesyen dan lain-lain medium. Atau yang lebih kronik lagi, berlagak bagaikan 'tuhan'. Tapi memandangkan aku memang meluat dengan fotografi fesyen, dan aku xnak model-model yang aku pakai tergolong dalam kumpulan jiwa-jiwa plastik. aku pun tukar tema aku kepada tema casual sahaja. Lebih down-to-earth bunyinya. Jadi, aku alihkan idea ni ke dalam tajuk assignment berikutnya iaitu still life photography. Subjek foto seperti mannequin ni memang dah umum dalam dunia fotografi cuma untuk dip show ni tak ada lagi pelajar fotografi yang buat, jadi, aku pun ambillah kesempatan ni. Lagipun memang wujud thrill semasa nak shooting gambar patung ni. Memandangkan patung tu tak boleh bertutur mahupun berfikir atau bernyawa, maka, kitalah yang tolong buatkan semua tu demi kebaikan karya yang akan terhasil. So, seseorang pengkarya tu akan dan wajib jadi macam pesakit schizophrenia setiap kali subjeknya terdiri daripada patung-patung yang menyerupai manusia ni. Salah seorangnya ialah aku (hehe gurau-gurau, jgn takut, aku xmakan budak). Nasib baik mental aku ni dah sememangnya tak berapa normal sejak kecil jadi aku bolehlah habiskan tugasan ni tanpa ada kesan sampingan selepas-selepas itu hehe. Gambar-gambar diambil di sekitar pekan Taiping dan di dalam rumah aku di Simpang. Mannequin ni versi perempuan dan dipinjam dari Studio Takteh Photography atas ihsan owner kedai, Kak Shasha. Tenkiu kak. Sebagai orang Islam, dan demi menjaga adat resam orang Melayu selama ni, kalau dah simpan mannequin ni di dalam rumah, memang tak sah kalau bulu roma tak meremang setiap kali merenungnya lebih daripada 5 saat, tambahan pada waktu tengah malam (heheeee.. sangat layan perasaan tersebut - that's one of the thrills from the mannequin itself :P ).

Ditujukan untuk golongan-golongan yang sentiasa mahu memiliki rupa paras yang lebih cantik dan lebih kacak dari persekitaran mereka dan juga kepada individu yang mengukur kehidupan berdasarkan material semata-mata sehinggakan tidak mengendahkan langsung kerohanian dan sifat ketidaksempurnaan yang menjadikannya sebagai dirinya. Ringkas kata, si hipokrit dan individu-individu yang langsung lupa daratan serta lemah jatidiri sehingga boleh diterokai oleh badan asing bagi tujuan penggunaan dan eksploitasi. Mana perginya maruah anda sebagai individu yang digolongkan ini? Karya ini juga menyingkap kembali proses-proses semasa pencarian identiti dan personaliti diri sendiri suatu ketika dahulu dalam kehidupan seseorang individu. Ya, proses mengenal peribadi diri. Sudahkah anda jumpa siapa diri anda? Sudahkah anda mencari siapa diri anda? Berapa pentingnya matlamat hidup anda? Betapakah anda sanggup untuk menggadai segalanya demi matlamat itu? Ataupun anda bahagia dan tenang dengan siapa diri anda sekarang? Masih ingatkah anda individu-individu yang pernah menyokong tulang belakang anda sewaktu ketika dahulu? Bak kata Tan Sri P. Ramlee "Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia,". Bagi aku, demi mengejar matlamat hidup, pengorbanan memang perlu dilakukan. Tapi, ada sesetengah perkara yang tidak perlu dikorbankan iaitu, maruah dan pertalian persaudaraan antara insan. Akhirnya diri sendiri juga yang hancur. Untuk dijadikan renungan dan santapan minda bersama.
Okay, itu sahaja. Carilah masa untuk muhasabah diri. Kita boleh dapat pahala tau setiap kali. Pesanan ni didedikasikan untuk diri aku sendiri dan semua kawan-kawan serta sesiapa yang baca. Ini antara video inspirasi aku untuk tajuk ni. Enjoy.

Enjoy gambar-gambar yg lain dalam siri 'Plastic People' ni. :)